Tolong lah!!! jangan ganggu aku lagi AD.

Assalamualaikum. 
Terima kasih kepada bloggers yang singgah di blog saya. Sy ingin kongsikan pengalaman sy selama ada anxiety disorder dan sekarang masih lagi merasai penyakit ini dan terus berusaha untuk sembuh. Semua nya saya serahkan pada Allah. Allah yang beri penyakit,Allah yang sembuhkan penyakit. Allah berkuasa,makhluk x berkuasa.Allah x kan uji hambanya jika hambanya x mampu hadapinya.
Sy mula ada Anxiety sejak dari awal DEC 2018. Allahuakhbar, betapa peritnya sakit yang saya alami ni. Walaupun sakit ni, orang lain x nmpk, tp yang merana adalah org yang merasai.Hanya Allah saja yang tahu disebabkan sy terlalu banyak fikir soal kerja dan fikirkan nasib saya ni.Sejarah saya ni,sejak dari kecil, saya memang mengalami masalah tidak yakin pada diri sendiri dan tidak pandai nk buat keputusan.Semuanya dengar saja apa yang orang kata.
Saya perasan bende ni bila saya mula berfikir negative, sy akan jadi sangat kusut dan takut secara tiba-tiba,muntah-muntah dan tangan saya akan jadi berpeluh.Bila saya duduk sorang2, saya akan menangis dan gelisah nth x thu kenapa.Ibarat macam budak umur 3 tahun. Sampailah sekarang, umur saya 29 tahun masih sama perasaan tu, sangat mengganggu kerjaya dan kehidupan saya. Saya x seperti yang dulu. Dulu saya seorang yang ceria, senang ckp happy go lucky. Hanya orang yang rapat dengan saya saja yang nmpk perubahan pada saya.Sejak saya kene Anxiety ini, saya kurang bergaul dengan rakan-rakan & family. Saya lebih selesa bersendirian dan abiskan masa di bilik tidur dan TIDUR. Nak pergi mana2 pon rasa MALAS. Mujur saya dianugerahkan isteri yang baik, yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk melawan sakit saya ini. Ibu bapa saya juga turut membantu saya, memberi nasihat dan beriktiar dengan cara tradisional dan moden. Tapi saya??? perubahan tu berkurang dan kadang2, bila ade bende2 yang buat saya x selesa, perasaan takut tu akan datang secara tiba2.Sehinggakan saya pernah berfikir, biar saja Allah uji aku dengan kemalangan. Setiap hari akan ada saja fikiran tu terlintas semasa bawa moto.
Saya juga pernah buat surat pada HR untuk berhenti kerja, tetapi atas nasihat daripada keluarga dan isteri, saya tarik balik  permohonan notis tersebut. Bila saya tarik notis tersebut, perasaan itu terus menghantui saya sehingga kini. Pernah juga family & isteri nasihatkan untuk mohon tukar jabatan, tapi, surat permohonan itu saya belum lagi hantar pada HR sebab tunggu laporan dari doktor untuk dilampirkan bersama permohonan saya. Doakan saya supaya cepat sembuh dan kembali ceria sedia kala.

Rasa itu lah setakat ni yang nk dikongsi.

SEKIAN terima kaseh.
-Syahir-


Comments

  1. semoga aku dijauhkan penyakit misteri ini sampai bila2..amin..

    ReplyDelete

Post a Comment