TT PORTLUCK MALACCA KELISA CLUB (MKC) 2016.


aSSAlamualikum dan salam sejahtera....
Terlebih dahulu, saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana diberi kurnia dan nikmat untuk meneruskan kehidupan ini. Alhamdulillah, apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan happening.

Ok guys, Pada 23/10/2016 bersamaan Hari Ahad, saya telah menganjurkan TT portluck MKC 2016. TT ini pada asalnya akan diadakan di pantai puteri melaka di sebelah pentas. tp malangnya, pentas digunakan untuk acara senamrobik oleh org kampung. Kami decide utk tukar tempat dan berpindah lokasi di hadapan skit pantai puteri.

Sebelum TT bermula, saya telah memesan kepada semua ahli untuk membawa sedikit juadah atau barang2 keperluan utk bekelah.. Alhamdulillah, masing2 membawa juadah dan peralatan masing2.Tq Guys..

Semasa TT bermula, pada jam 8.45pagi, kami telah sampai ke tempat berkelah. masing2 meletakkan barang2 untuk membuat persiapan. Juadah makanan spt mee goreng,lemang, nasi lemak, lemang, ayam&kambing perap,sandwich, hot dog dan lain2.

Pada Jam 11 pagi, kami menerima kunjungan dari TNKC dan KCG.Terima Kasih atas kedatangan kalian.Selepas kehadiran dari 2 group ini, sy menjemput semua tetamu utk menikmati hidangan. Selepas makan, acara potong kek untuk ANNIVERSARY MKC pon diadakan. Wakil2 Induk MKC tampil ke hadapan untuk acara ini. Alhamdulillah.

Disamping makanan, kami juga ada bekalkan shisha & air tebu bukit yang disponser oleh salah seorang ahli.best best best...

Dalam jam 1.20 ptg, acara lucky draw diadakan. hadiah sangat lumayan. Tahniah kepada semua pemenang cabutan bertuah.

Selepas itu, dalam jam 2.40 ptg, kami bersiap siaga untuk ke Masjid selat untuk menunaikan solat zohor dan asar.

SO, dalam jam 4.30 ptg, kami bergegas ke EYE ON MALAYSIA untuk sesi fotoshoot. Anggaran kereta yang hadir untuk TT kali ini adalah sebanyak 53 bijik. Alhamdulillah. Selepas activiti photoshoot, kami bersiap utk pulang dan dianggarkan smpi kerumah dalam jam 6.30 ptg.

So, saya selaku pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan banyak membantu secara langsung atau tidak langsung. Semoga TT seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesama manusia dan berharap agar dpt diteruskan oleh generasi yang akan datang.

SEkian, Wassalam..

Yang Benar,
-Syahir-
-NBG 8068-















Comments