Doakan aku...Rezeki Allah Itu Luas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

harini aku nk tulis tentang keadaan aku terkini.

Semalam, 13 Jan 2020, aku dah uruskan tentang surat Perletakkan jawatan sebagai Executive Logistic. Perletakkan jawatan aku ini disebabkan PENYAKIT lama aku kembali semula. Apa penyakit tu???  Yes sakit tu dipanggil Anxiety Disorder atau lebih dikenali sebagai Depression & kemurungan.

Benda bodoh yang aku penah buat untuk terus sakit / mati.
- bawak moto laju2..penah jugak nk langgau orang/dilanggar..Tp Allah panjangkan umur aku.
- Ambik pisau nk tikam perut / nadi. (aku masih pikir panjang dan Ingat Allah,ibu ayah & wife)
- telan ubat selsema 1 papan. (benda ni mmg aku buat dan aku tido sepanjang hari).

Ok, just nk bagitahu yang sakit aku ni disebabkan tentang soal kerja. Aku tertekan kerja di sini disebabkan task2 yang terlampau banyak yang membuatkan aku depress dan langsung x boleh fokus. Dulu, aku boleh je hadapi task2 yang bos aku bagi. Kenapa? sebab dulu aku ada orang lama yang kerja sama unit dengan aku, memberi pandangan dan sokongan pada aku. Dan kini, orang lama yang kerja dengan aku, sorang dah pencen dan sorang lagi sakit. Mungkin beliau ambil pencen ilat terus. Selain tu, aku tengok masalah ini disebabkan dengan diri aku sendiri. Wife aku ada pesan, STOP untuk salahkan orang lain. YES, selain tu aku mengaku..semuanya masalah yang aku hadapi,datangnya dari aku.. Aku x kuat dan aku x mampu nk teruskan kerja aku di sini.



Nov 2018, aku dah lalui dan aku dah sembuh sepenuhnya. Pada OCT 2019, simptom tu dh datang semula. Dan klimaks pada jan 2020.AllahuAkhbar.....Allah saja yang tahu betapa sakitnya AD ni yang orang lain x kan faham sebabnya benda ni luaran nmpk ok, tp dalaman hancur.

So, Akhir kata, selepas ini, aku kne cari jalan untuk mencari Jiwa dan diri aku yang hilang. Aku berazam nk kuar jemaah Tabligh.kuar 40 hari.Semoga Allah bantu aku di dunia dan akhirat.

Terima kaseh kepada yang membantu aku terutamanya isteriku, ibu ayah, dan kawan2 yang rapat dengan aku yang mengetahui masalah yang menimpa diri aku. DOAKAN aku cepat sembuh dan keluar dari masalah ini. Aku harap, ade rezeki aku di tempat lain..




Comments