TT MENANGKAP KETAM DI PANTAI TELOK KEMANG PORT DICKSON (MKC)


12 & 13 NOVEMBER 2016.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, dapat juga kami menganjurkan TT menangkap ketam. Objektif utama TT ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli-ahli Malacca kelisa Club dan mendapat pengalaman cara menangkap ketam. Selain itu, kami juga turut melawati tempat2 yang menarik di kawasan port dickson. Antaranya tanjung Tuan, dan kota bukit supai.

Pada awalnya, kami berkumpul pada hari sabtu di Petronas krubong jam 5 petang.Pada jam 6 petang, kami bergerak ke port dikson. Masa perjalan kami mengambil masa selama 2 jam.Sebanyak 6 biji kereta yg turut serta konvoi ini. Setibanya di pengkalan balak, kami berhenti seketika untuk menunaikan solat fardu maghrib.

setelah solat, kami meneruskan perjalan kami dan sepanjang perjalanan kami, hujan lebat mulai turun dengan lebat.Kami berdoa sekiranya kami sampai ke destinasi, Allah redakan hujan.

pada jam 8 malam, kami tiba di Balai bomba telok kemang.Tuan Izwan menyambut kedatangan kami dan kami membuat persiapan untuk turun ke pantai. Pada jam 9 malam, kami bergerak ke lokasi menangkap ketam yang kiranya tidak jauh dari balai bomba teluk kemang.

Setibanya kami di lokasi, kami menurunkan segala peralatan,makanan dan sebagainya. Kami mengisi perut sebelom menangkap ketam.Dalam jam 9.30malam, kami diberi sedikit taklimat ringkas dari tuan izwan dan selepas itu, operasi menangkap ketam bermula. Alhamdulillah, pengalaman ini amat berharga buat kami semua dan hasil tangkapan amat memuaskan walaupon kecik.haha....

selepas operasi menangkap ketam, dalam jam 1.30 pagi, kami bergegas ke tempat penginapan untuk merehatkan badan.

pada keesokan harinya, dalam jam  11 pagi, kami bergerak ke kedai makan dan meneruskan perancangan yang tidak dirancang. sebelom itu, kami Transit di balai bomba tuan izwan untuk berehat dan solat. dalam jam 2 petang, kami pergi ke Tanjung tuan dan bukit batu putih. Tempat ini merupakan tempat pertama yang kami pergi.Dan alhamdulillah, kami berjaya mendaki bukit batu putih. Sungguhpon penat, saya dan isteri amat berpuas hati dengan percutian pada kali ini..

Semoga aktitivi seperti ini dapatlah kami teruskan untuk memberi pengalaman dan sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli kelab MKC.

Sekian-
Ahmad Syahir
NBG 8068.













Comments