Syahir dah kuat!

Assalamualaikum Guys,
Alhamdulillah dengan izin Allah, bertemu lagi kita ye.Apa Khabar silent reader. Semoga sehat sejahtera hendaknya. Posting sebelum ini sy menceritakan kisah yang terjadi pada diri saya iaitu satu penyakit yang dikenali sebagai Anxiety Disorder.

Dan Alhamdullillah, dengan Izin Allah saya dapat melawan penyakit tersebut. Saya x nk cerita panjang lebau. Just sy nk kongsikan cerita saya yang terbaru.Alhamdulillah, selepas kene Anxiety, fikiran saya lebih terbuka dan selalu berfikiran di luar kotak serta berani untuk tampilkan diri dalam majlis2 yang diadakan.

Untuk makluman korang, saya telah terjebak dengan melakukan bisness KETAM SABAH tau. Nk jdkan cerita, sahabat saya dari sabah offer saya berniaga ketam dari sabah untuk warga2 melaka. Alhamdulillah, dengan 1st batch, saya telah berjaya bawak masuk ketam sebanyk 500KG...woi!!! 500KG tau. MODAL?? saya buat loan.Bersemangat nk berniaga punya pasal.

Alhamdulillah, jualan ketam mencanak2 pada mggu pertama dan kedua. Cara marketing sy adalah dengan menggunakan FB LIVE. Gila kau, buat live kt fb jual ketam..hahaha...tu lah cara aku..So, nk jadikan cerita, perniagaan ketam ni mm mencabar. Yes, semua kerja mmg penat. Tp bisness ketam ni lain macam penat sbb kau hari2 akan bertemu dengan air batu..kau akan mengalami sakit pinggang dan sebagainya.Alhamdulillah, walaupon aku rugi dlm menjalani bisness ketam, tp pengalaman dan pembelajaran yang aku dpt hasil daripada jualan ketam..

Lupa plk nk sebut, selain jual ketam. aku pon ade jual basikal.. Basikal Jenis Mobike. Asalnya basikal ini dibuat di china dan singapor ambil utk bawak masuk ke negara diorang untuk dijadikan basikal public. So biasa lah mentaliti, dh nama basikal public x salah klu campak sana dan campak sini. So, lps tu basikal tu pon di dh jd lambakan dan Melaka Malaysia plk bawak masuk. Peghh.. aku banyak2 terima kasih pada Abdul Rahman aka TJ Musteng kerana memberi aku peluang untuk aku niaga bacikal viral ni. Pegrhhh dia punya untung dasyat woi.

So selain dari bisness ketam dan basikal, aku buat jugak bisness kecik2 iaitu menjual lampu solar motion. So dengan bisness ni lah aq topup untuk cover modal aku yang aku rugi masa jual ketam tu. Alhamdulillah sambutan amat2 menggalakkan guys. dan smpi skrg aq still niaga lampu solar, basikal dan simcard onexox. Simcard? aku masih jalankan lg, tp skrg dah senyap jap sbb aku lama tido. Xpe utk plan B89, insyaAllah aku akan terus kuat dan istiqomah.

Ni aku kongsikan gambar-gambar terkini.

Comments